Kerjasama Strategik (JV)

Image
Program 1 AIM

Membina Kerjasama Bertaraf Institusi untuk Impak Mampan

AIM membina kerjasama strategik dan usaha sama dengan organisasi yang mempunyai visi jangka panjang dalam pembangunan kapasiti, pendidikan profesional, tadbir urus risiko, dan inovasi pasaran.

 

Pendekatan Kerjasama Strategik AIM berteraskan integriti, pematuhan peraturan, dan nilai strategik bersama, selaras dengan keperluan sektor awam dan swasta.

Organisasi yang Layak Menjadi Rakan Kerjasama Strategik AIM

AIM terbuka untuk bekerjasama dengan organisasi berikut, tertakluk kepada kesesuaian strategik dan pematuhan peraturan:

  • Bank pelaburan
  • Institusi perbankan tempatan dan antarabangsa
  • Rangkaian Registered Representatives / Remisiers
  • Syarikat pengurusan aset dan institusi pasaran modal

(Kerjasama tertumpu kepada pendidikan, literasi pasaran, simulasi dan pembangunan kapasiti – bukan aktiviti pelaburan)

Matlamat Rakan Kerjasama Strategik

  • Memperkukuh penyampaian program pendidikan, latihan profesional, dan simulasi strategik pada skala institusi.

  • Menggabungkan kepakaran, rangkaian, dan sumber bagi menghasilkan impak yang mampan dan berstruktur.

  • Membangunkan inisiatif bersama yang mematuhi rangka kerja SC, BNM, SSM, HRD Corp, dan MOF, tanpa unsur promosi pelaburan atau nasihat kewangan.

  • Memperluas capaian pasaran dan komuniti melalui pendekatan co-development dan co-delivery yang profesional.

Fungsi Teras Rakan Kerjasama Strategik

Perkongsian Kepakaran & Sumber Institusi

  • Penggabungan kepakaran industri, tenaga pengajar bertauliah, dan simulasi pasaran strategik (Market Insight)

Pembangunan Program Secara Kolaboratif

  • Pembangunan silibus, modul dan program secara bersama, selaras dengan mandat dan keperluan organisasi rakan kongsi.

Inisiatif Berstruktur & Co-Branded

  • Pelaksanaan program atau inisiatif dengan identiti bersama yang jelas dan berstandard korporat.

Pendekatan Berdasarkan Tadbir Urus & Pematuhan

  • Semua kerjasama strategik dirangka dengan keutamaan kepada pematuhan, ketelusan, dan tadbir urus yang baik.

Jangkauan Pasaran & Komuniti

  • Perluasan capaian melalui rangkaian strategik, komuniti profesional, dan ekosistem institusi.

Kelebihan Strategik Menjalin Kerjasama dengan AIM

01

Reputasi & Kedudukan profesional Institusi

Kerjasama dengan AIM memperkukuh kedudukan rakan kongsi dalam ekosistem pendidikan, risiko dan pasaran strategik.

02

Akses kepada Simulasi dan Insight Berstruktur

Penggunaan simulasi pasaran hadapan, market outlook, dan analisis strategik dalam persekitaran pembelajaran terkawal.

03

Kerjasama Berskala & Berterusan

Model kerjsama strategik yang direka untuk pertumbuhan jangka panjang, bukan inisiatif bersifat sementara.

04

Penyampaian Pengetahuan Secara Profesional & Neutral

Fokus kepada pembinaan kefahaman, kemahiran dan keupayaan membuat keputusan – tanpa unsur promosi produk kewangan.

 

Bersama AIM untuk meneroka peluang Kerjasama strategik yang mencipta nilai institusi jangka panjang

Organisasi yang berminat dialu-alukan untuk menghubungi AIM bagi perbincangan lanjut mengenai model kerjasama strategik yang sesuai dengan mandat, keperluan dan objektif masing-masing.